Seorang melecur dalam nahas lima motosikal kuasa tinggi

Seorang melecur dalam nahas lima motosikal kuasa tinggi

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Gombak membabitkan motosikal berkuasa tinggi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang individu melecur selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan lima motosikal berkuasa tinggi di Kilometer (KM) 26.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Gombak di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.15 petang. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kami dimaklumkan kebakaran membabitkan sebuah motosikal jenis Honda yang terbakar sepenuhnya akibat kemalangan.

“Difahamkan kemalangan itu membabitkan lima mangsa termasuk seorang daripadanya yang melecur kerana kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, semua mangsa dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba di lokasi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN