Pempengaruh permotoran ditahan polis kes ugut sebar video lucah

Pempengaruh permotoran ditahan polis kes ugut sebar video lucah

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh permotoran ditahan polis kelmarin selepas didakwa mengugut bekas teman wanitanya untuk menyebarkan video lucah di media sosial.

Lelaki berusia 22 tahun itu kini direman bermula semalam sehingga Selasa ini bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamed Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 21 tahun pada pukuk 5.40 petang, Rabu lalu. 

Katanya, mangsa mendakwa menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya yang dikenali pada 2020.

“Kira-kira pukul 3.30 petang pada 19 Oktober lalu, suspek telah menghantar pesanan melalui WhatsApp mengajak mangsa keluar pada 11.00 malam. 

“Bagaimanapun wanita tersebut telah menolak ajakan suspek namun lelaki itu turut menggugut mahu menyebarkan video bersamanya melakukan hubungan terlarang di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Noor Ariffin, pengadu merasa takut dan tertekan dengan ugutan suspek dan membuat laporan polis. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN