SEBA meraikan usahawan cemerlang - Utusan Malaysia

SEBA meraikan usahawan cemerlang

WAWA Zainal dan Aeril Zafril menerima anugerah daripada Nitesh Malani (kiri) dan Fahmi Fadzil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bertemakan ‘Rise Up’, Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan (SME and Entrepreneurs Business Awards) (SEBA) mengiktiraf tiga selebriti sebagai usahawan cemerlang di Anugerah SEBA 2022.

Gala penganugerahan edisi ketujuh itu turut meraikan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan terkemuka negara.

Ini termasuk pelakon dan model, Wawa Zainal; pelakon, Aeril Zafrel; selebriti terkenal, Datuk AC Mizal; usahawan terkenal TikTok, Hosni Mubarak Elarab dan usahawan terbaik, Datuk Dr. Vinod Sekhar dari Petra Group.

Anugerah turut diberikan kepada jenama tempatan paling berjaya seperti Uncle Don’s, Hartalega dan banyak lagi.

Sebanyak 55 anugerah disampaikan kepada usahawan-usahawan teladan bagi mengharga prestasi cemerlang dan usaha inovatif mereka sepanjang tahun ini.

Dalam ucapannya, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, rahsia membina perniagaan yang berjaya melalui pelbagai kaedah ialah kreativiti yang mana wujud dalam DNA setiap usahawan.

GAMBAR kenangan VIP dan penerima anugerah SEBA 2022.

Menurut beliau, pihak kmenterian menantikan untuk menyediakan sokongan pendigitalan dan kreativiti kepada para SME melalui pelbagai saluran.

Acara SEBA 2022  Central kembali lagi selepas beberapa bulan penganjuran edisi uara yang pertama pada Mac tahun ini di mana 27 pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah dan Perak menerima penganugerahan di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.

Acara itu terinspirasi untuk mengiktiraf usahawan dan perniagaan yang cemerlang sekali us melonjakkan mereka ke tahap yang lebih tinggi di dalam usaha perniagaan mereka yang dapat membangunkan ekonomi negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab usahawan di masa hadapan.

Buat pertama kalinya, pengendali perkhidmatan komunikasi terkemuka Malaysia, Maxis, berganding bahu dengan SEBA, memperkenalkan Anugerah Maxis yang menyasarkan untuk memperkasa, mengiktiraf dan menyokong usahawan Malaysia yang cemerlang, berinisiatif serta menyumbang kepada rakyat Malaysia.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Food Aid yang mengendalikan bank makanan, menerima Anugerah Maxis yang bernilai RM150,000 dalam bentuk solusi teknologi dan wang tunai bagi menyokong usaha mereka mengagihkan bekalan makanan lebihan kepada golongan yang memerlukan.

Pada tahun lalu, Yayasan Food Aid telah mengagihkan lebih tujuh juta bekalan makanan bernilai lebih RM35 juta.

Sementara itu, Pengasas SEBA dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, Nitesh Malani berkata, dengan berlakunya beberapa peristiwa yang tidak dapat dijangkakan pada tahun ini, pihaknya menetapkan tema ‘Rise Up’ bagi memperingati perjalanan hebat sepanjang tahun ini.

“Usahawan-usahawan yang cemerlang harus bersedia untuk mengambil risiko dan menyesuaikan diri dengan situasi untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Kita telah belajar semasa pandemik, inovasi dan kebolehsuaian amat penting dalam dunia masa kini.

“Selain Maxis, SEBA turut disokong oleh Standard Chartered Saadiq, Sun Life Malaysia, Honda Malaysia dan beberapa organisasi lain,” katanya.

Pengerusi SEBA, Lyndia Wong berkata, Malaysia berpotensi untuk menerajui Asia Tenggara ke tahap yang lebih tinggi melalui usahawan-usahawan yang cemerlang. Ia merupakan mandat kami di SEBA untuk menjadi tunjang kepada perniagaan bagi mencapai kredibiliti global.

Katanya, setiap tahun kami berhasrat untuk menyalurkan lebih banyak sokongan kepada para usahawan bagi mencapai pengiktirafan yang selayaknya dan melonjakkan jenama mereka secara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya