Saya bukan ‘penyondol’! - Tom - Utusan Malaysia

Saya bukan ‘penyondol’! – Tom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Tom, 36, mengakui sudah kalis kecaman dan enggan terlalu memikirkan sikap segelintir netizen yang menuding jari menuduhnya sebagai punca keretakan rumah tangga Fuad Rahman.

Tom berkata, dia bukan ‘penyondol’ atau perampas kebahagiaan orang lain, malah menafikan dirinya punca rumah tangga Fuad goyah apabila mereka semakin rapat ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

“Tom tidak tahu nak cakap apa, malah tidak kisah pun dengan tanggapan netizen (dituduh penyondol). Lagipun, ada bukti perbualan menunjukkan rumah tangga Fuad mempunyai masalah sejak awal lagi iaitu sebelum menyertai GV9.

“Keluarga dia lebih kenal Tom dan masalah rumah tangga Fuad tiada kaitan dengan Tom. Kita tidak boleh nak tutup mulut orang sebab ramai tidak tahu perkara sebenar,” katanya.

Isu hubungan rapat Tom semakin hangat dikatakan netizen selepas seorang individu meminta bukti perceraian sekiranya Fuad benar-benar sudah berpisah dengan isterinya.

Minggu lalu, nama Tom menjadi perhatian selepas berkongsi gambar berpelukan dengan lelaki di media sosial hingga mengundang kecaman ramai.

Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, bagaimanapun memohon maaf jika perkara itu telah menyebabkan banyak pihak tidak selesa.

Selain itu, kata Tom, dia mengakui tidak begitu arif dalam bab agama dan menerima segala teguran yang diberikan, khususnya daripada peminat yang mahu melihat dirinya berubah ke arah kebaikan.

Terdahulu, Tom meraih perhatian ramai apabila membuat pengakuan menjalin cinta dengan Fuad yang merupakan penyanyi kelahiran Singapura.

Tom berkata, mereka pernah bercinta dan perasaan itu kembali bertaut selepas sama-sama bertemu di pentas GV9.

Bagaimanapun, ramai mula mempertikai hubungan mereka kerana Fuad sebelum ini mengaku sudah beristeri.

Fuad bagaimanapun, mendedahkan dia sudah berpisah Oktober lalu selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN