Rakyat perlu hukum kerajaan rosak, muflis moral

Rakyat perlu hukum kerajaan rosak, muflis moral

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu menghukum pembentukan Kabinet di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan ‘rosak’ dan muflis moral.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ini kerana terdapat kluster mahkamah yang selama ini rakus mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa diangkat ke Kabinet.

“Pengumuman pembentukan Kabinet semalam tiada apa yang mengejutkan. Kerajaan rosak pimpinan Anwar ini, benar-benar telah muflis moral apabila kluster mahkamah diangkat ke Kabinet.

“Barisan Kabinet ini adalah suatu cubaan memperbodohkan rakyat. Pada hal, rakyat telah memberi mesej jelas dalam PRU15 bahawa mereka mahukan saf kepemimpinan politik dan pentadbiran negara yang mendahulukan kepentingan rakyat, mengangkat nilai moral, integriti serta akauntabiliti mengatasi apa jua kepentingan peribadi.

“Sebaliknya, Anwar telah mencampakkan segala nilai moral, prinsip, integriti serta akauntabiliti ke tong sampah demi kuasa dan takhta. Ini suatu lagi bukti jelas bahawa Anwar adalah seorang politikus matlamat menghalalkan cara, yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah jelas Wan Saiful lagi, pelantikan mereka yang berkenaan itu adalah usaha Anwar untuk ‘mensucikan’ kluster mahkamah, sekali gus menyatakan kebimbangan jika kes-kes perbicaraan membabitkan kluster mahkamah akan terganggu.

“Saya kasihankan pengundi yang memilih PH kerana terbukti undi PH akhirnya mereka dapat Zahid Hamidi. Mana perginya perjuangan reformasi?

“Saya juga kasihan pengundi UMNO-BN kerana segala laungan mereka telah dijual sebegitu murah oleh Zahid Hamidi yang mahu menyelamatkan diri. Adakah UMNO masih relevan hari ini?

“Terbukti sekali lagi hanya Perikatan Nasional (PN) sahaja yang layak bercakap soal prinsip dan moral. Kami lebih rela menjadi pembangkang yang bermaruah daripada mengemis kuasa dan menjilat ludah sendiri sehingga tergamak menggadaikan prinsip perjuangan sepertimana dilakukan PH dan BN,” ujarnya.

Berikutan itu, jelas Wan Saiful lagi, tindakan ini perlu dihukum pada pilihan raya DUN Tioman dan Padang Serai tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya