Raja Muda Perlis harap projek tenusu berskala besar jadi realiti

Raja Muda Perlis harap projek tenusu berskala besar jadi realiti

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) bergambar bersama Aidan Tynan (kiri) sewaktu mengadakan lawatan ke ladang tenusu milik Baladna Dairy Facility.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar projek tenusu berskala besar yang dirancang di kawasan Lembah Chuping, Padang Besar akan dapat direalisasikan selepas ini.

Bagi tujuan itu, baginda menitahkan agar kerjasama strategik di antara Baladna Dairy Facility yang berpangkalan di Qatar dengan syarikat-syarikat tempatan Malaysia dapat berjalan dengan sebaiknya.

Titah baginda, kerjasama strategik yang dijalinkan itu juga dapat memastikan keselamatan makanan di rantau ini pada masa hadapan.

“Langkah ini juga dapat membawa pelaburan, kepakaran dan teknologi syarikat berkenaan ke negara ini bagi meningkatkan pengeluaran susu segar dan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import tenusu,” titah baginda selepas berkenan mendengar taklimat khas yang dipersembahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bebas Syarikat Baladna Dairy Facility, Aidan Tynan di Hotel Hilton West Bay Doha, Qatar.

Pada Khamis lalu, Tuanku Syed Faizuddin mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat melawat fasiliti di ladang Baladna Food Industries yang merupakan salah sebuah syarikat pengeluar produk tenusu terbesar di rantau Asia Barat.

Ladang berkenaan adalah berkeluasan 2.6 juta meter persegi dan mempunyai 24,000 ekor lembu tenusu dalam persekitaran yang selesa dan berhawa dingin.

Pada Mac lalu, kerajaan memaklumkan bahawa Malaysia akan membangunkan ladang tenusu berskala besar melibatkan nilai pelaburan RM4 billion dan dijangka bakal mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan.

Usahasama yang dijalinkan itu juga dijangka bakal menghasilkan sejumlah 208.8 juta liter susu segar setahun berasaskan lebih 14,000 ekor lembu tenusu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya