Polis, TNB Johor potong bekalan elektrik 122 premis judi

Polis, TNB Johor potong bekalan elektrik 122 premis judi

POLIS dengan kerjasama TNB Johor memotong bekalan elektrik 122 premis perjudian, setakat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 122 premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian haram  ‘bergelap’ apabila bekalan elektrik dipotong bagi menghentikan kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa, setakat ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi bersepadu berkenaan dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (Bhd) di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis Johor telah membuat permohonan pemotongan bekalan elektrik terhadap 197 premis kepada pihak TNB, sementara menerusi operasi bersepadu dijalankan bermula Januari hingga 5 Disember, sejumlah 122 premis dikenakan tindakan berkenaan.

“Operasi tersebut dijalankan oleh seramai 65 pegawai dan anggota polis berserta 42 kakitangan TNB negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam tempoh sama, pihaknya telah melakukan sebanyak 2,166 serbuan melibatkan pelbagai bentuk perjudian dan berjaya menahan seramai 2,802 suspek.

“Polis turut merampas 1,099 telefon bimbit, tujuh komputer serta wang tunai berjumlah RM835,299,” jelasnya.

Polis Johor komited untuk melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian haram.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat mengikut undang-undang sedia ada,” tegasnya.Polis dengan kerjasama TNB Johor memotong bekalan elektrik 122 premis perjudian, setakat ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya