Polis terima sumbangan 30 bot operasi banjir

Polis terima sumbangan 30 bot operasi banjir

HAZANI Ghazali (lima kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bersama 7-Eleven Malaysia, Tan UMing (lima kiri) bergambar selepas majlis penyerahan sumbangan dan bantuan bencana banjir kepada polis di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : HUSNI (KOSMO)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima sumbangan bot penyelamat dan bantuan makanan daripada 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sumbangan diterima membabitkan 30 buah bot penyelamat, 15 buah enjin 20HP, 15 buah enjin 15HP dan 300 helai jaket keselamatan selain makanan.

Beliau berkata, sumbangan ini amat signifikan kerana ia kelak akan digunakan bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir.

“Bot penyelamat itu akan diagihkan kepada beberapa jabatan termausk dua unit ke Unit Tindak Khas (UTK), 69 Komando (2), Pasukan Simpanan Persekutuan (9), Pasukan Polis Marin (5) dan Pasukan Gerakan Am (12).

“Penambahan aset dan peralatan menyelamat yang diterima ini akan membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan PDRM khususnya dalam operasi banjir,” katanya.

Teks ucapan Acryl Sani dibacakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali yang turut menjadi wakil menerima sumbangan itu dalam satu majlis penyerahan sumbangan di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya, Presint 8, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga berbesar hati menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas yang juga akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir semasa operasi menyelamat kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya