Polis temukan ganja di tepi jalan - Utusan Malaysia

Polis temukan ganja di tepi jalan

SEBAHAGIAN ganja yang ditemukan oleh anggota polis di tepi jalan dekat Kampung Bukit Jong, Kuala Terengganu, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menemukan dadah jenis ganja seberat 102.83 kilogram (kg) dipercayai ditinggalkan penjenayah di tepi jalan dekat Kampung Bukit Jong, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, bahan terlarang itu ditemukan oleh anggota polis yang meronda di susur masuk Plaza Tol Gemuruh, Lebuhraya Pantai Timur 2 di sini.

“Semasa membuat rondaan atau ‘snap check’ antara pukul 2.30  hingga 4 pagi, anggota trafik polis negeri menjumpai lima plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di tepi penghadang jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 101 bungkusan ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja di dalam setiap plastik hitam tersebut dan jumlah rampasan bernilai sekitar RM257,075,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata, polis percaya dadah tersebut ditinggalkan oleh penjenayah sementara menunggu rondaan pihak polis yang melalui laluan Kampung Bukit Jong menuju plaza tol.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.