Polis kesan individu lepas tembakan di rumah penyampai radio

Polis kesan individu lepas tembakan di rumah penyampai radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang terlibat melepaskan tembakan di rumah seorang penyampai radio di Seri Aman Heights, Desa Jaya, Gombak, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, pusat kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki warga tempatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, lelaki berkenaan memaklumkan mendengar bunyi seolah-olah letupan di luar rumahnya.

Kata beliau, lelaki berkenaan kemudian mendapati terdapat kesan berlubang pada pintu kayu hadapan rumahnya.

“Susulan itu, sepasukan polis dari IPD Gombak ke tempat kejadian bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Noor Ariffin, turut ditemukan serpihan besi iaitu serpihan anak peluru di bahagian ruang tamu rumah.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan selain dari tempat yang dibenarkan. 

“Motif atau punca kejadian masih dalam siasatan. Usaha mengesan suspek masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya