PH Negeri Sembilan terbuka kerjasama dengan BN hadapi PRN 

PH Negeri Sembilan terbuka kerjasama dengan BN hadapi PRN 

AMINUDDIN Harun beramah mesra dengan kanak-kanak yang menghadiri majlis penutup MSAM 2022 di Kawasan Lapang, Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan, malam semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akur dengan sebarang keputusan sekiranya pucuk kepemimpinan parti itu menetapkan satu kerjasama dibentuk dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebarang penetapan akan diputuskan oleh kepemimpinan utama PH namun mengakui di peringkat negeri beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk kerjasama itu dibentuk.

“Ia diputuskan oleh pihak pimpinan PH. Kami akur dengan arahan, akan ikut apa juga keputusan yang dibuat oleh pihak pimpinan utama parti.

“Di peringkat negeri, saya tiada masalah, nampaknya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini juga nampak aman, damai dan ada kerjasama yang baik,” katanya selepas majlis  penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 di Kawasan Lapang, Pantai Batu 1, di sini malam semalam.

Daripada keseluruhan 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan, 20 daripadanya dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 manakala 16 kerusi dimenangi wakil rakyat dari BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya