Penduduk rayu dipindahkan - Utusan Malaysia

Penduduk rayu dipindahkan

SERIPAH Norizan Syed Ismail (kiri) dan Abdul Latif Abdul Ghani menunjukkan kawasan yang sering dinaiki air di Kampung Telang di Lipis, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Penduduk Kampung Kuala Telang di sini memohon kerajaan negeri supaya menyediakan penempatan baharu berikutan rumah yang mereka diami ketika ini kerap dilanda banjir kilat.

Hampir 22 buah rumah sering dilimpahi air Sungai Telang dan Sungai Jelai berdekatan kampung itu setiap kali hujan lebat sehingga menyebabkan kerugian harta benda selain berdepan tekanan setiap kali tiba musim tengkujuh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Seripah Norizan Syed Ismail, 52, berkata, dia merayu supaya pihak kerajaan dapat menyediakan penempatan baharu yang lebih selamat daripada ancaman banjir setiap tahun bahkan semakin kerap sejak akhir-akhir ini.

“Walaupun ada sesetengah pihak mengesyorkan saya membina rumah bertiang atau ber­tingkat, tetapi saya enggan ke­rana hal ini bukan penyelesaian masalah mengelakkan ancaman tersebut.

“Malapetaka bah merah 2014 lalu, rumah saya ditenggelami air sehingga tidak nampak bumbung dan bot pun boleh lalu di atas. Jadi jalan penyelesaian jangka panjang penduduk di sini, kami berharap supaya dapat berpindah ke penempatan baharu,” katanya di sini semalam.

Warga emas Kampung Te­lang, Abdul Latif Abdul Ghani, 61, berkata, penduduk turut menggesa pihak berwajib menyelenggara sistem perparitan antara punca kawasan tersebut sering dilanda banjir.

“Bagi penduduk yang berkemampuan, mereka boleh menyediakan tong pelampung untuk dipasang di lantai rumah sebagai persediaan menghadapi banjir, bagi yang susah, terpaksalah menanggung kerugian apabila rumah dimasuki air sehingga merosakkan kediaman serta harta benda.

“Setiap kali musim tengkujuh, kami berdepan kesusahan ke­rana harta benda yang rosak dan mengambil masa untuk pulih memandangkan penduduk di sini cuma bekerja kampung dan berpendapatan rendah,” jelas­nya.

Seorang penduduk yang ha­nya mahu dikenali sebagai Simah berkata, dia berdepan tekanan setiap kali banjir kilat kerana memikirkan keselamatan harta benda dan keluarga untuk berpindah sementara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya