'Pakej Maharaja' F1 Las Vegas berharga RM22 juta

‘Pakej Maharaja’ F1 Las Vegas berharga RM22 juta

GRAND Prix F1 Las Vegas tahun depan bakal menyajikan perlumbaan mewah yang penuh keceriaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Edisi sulung Grand Prix Las Vegas yang akan menjadi kalendar kemuncak Formula Satu (F1) tahun hadapan menawarkan pakej serba mewah buat peminat yang ingin merasai pengalaman menonton perlumbaan itu.

Salah satu penaja, Caesar’s Entertainment mendedahkan ‘Pakej Maharaja’ bernilai AS$5 juta (RM22.1 juta) akan ditawarkan kepada 12 orang pelanggan.

Pakej itu merangkumi tiket perlumbaan, menonton konsert penyanyi Britain, Adele di Ca­esar Palace, santapan peribadi di Nobu dan pembantu peribadi yang sedia berkhidmat 24 jam.

Selain itu, pelanggan yang membeli pakej tersebut akan menginap di suite hotel mewah lima bintang dengan keluasan 4,700 kaki persegi dengan berlatar belakangkan pemandangan litar Las Vegas.

Lebih menarik, mereka akan turut diberikan pemandu peri­badi yang akan membawa mereka menaiki kereta mewah, Rolls Royce sepanjang perlumbaan berlangsung.

Tawaran lain yang disertakan dalam pakej iitu juga meliputi pas Paddock Club yang membolehkan mereka melawat dan bertemu dengan nama-nama besar F1 sepanjang perlumbaan.

Pakej tersebut dijangka me­ngatasi mana-mana pesaing seperti Monaco, Abu Dhabi serta Jeddah untuk menjadi perlumbaan paling mahal dalam sejarah penganjuran F1.

Malang buat peminat golo­ngan sederhana apabila tiket paling murah untuk menonton GP Las Vegas berharga AS$500 (RM2,220) sudah pun habis terjual secara dalam talian.

“Dari sudut penawaran harga, kami akan menjadi yang ­paling tinggi kerana ini Las Vegas dan ia adalah perkara normal.

“Ada kemungkinan peminat mahu membayar kurang daripada apa yang kami tawarkan.

“Dalam kehidupan, ini adalah sebahagian daripada pasaran harga, dan kami pula bertanggungjawab untuk memberikan satu perlumbaan yang hebat,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali.

Las Vegas sebelum ini pernah menganjurkan perlumbaan F1 selama dua edisi pada 1981 dan 1982.

Begitupun, ia kemudian ­disisihkan daripada kalendar antarabangsa sebelum membuat semula kemunculan empat dekad kemudian dengan skala yang lebih besar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.