KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) semakin tenat apabila organisasi tersebut perlu menampung kenaikan harga baja padi yang meningkat sehingga 300 peratus sekali gus membantutkan usaha ternakan ayam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP), Datuk Zamri Yaakob berkata pihaknya amat memerlukan sokongan kewangan daripada kerajaan susulan peningkatan kos itu. “Kita terpaksa menghentikan buat sementara waktu usaha kita berkaitan ternakan ayam itu kerana kita sedang menampung beban kewangan yang sangat tinggi untuk menyediakan baja padi kepada golongan petani. “Kenaikan harga baja padi adalah sehingga 300 peratus itu bermaksud…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya