Motosikal hilang kawalan, lelaki maut tercampak seberang jalan

Motosikal hilang kawalan, lelaki maut tercampak seberang jalan

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum tercampak di seberang jalan di 16.2 Kilometer (KM) Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.28 malam itu, mangsa menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai menghala ke arah Utara hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan.

Kata beliau, mangsa kemudiannya tercampak ke seberang jalan laluan bertentangan yang menghala ke arah Selatan dan dilanggar oleh sebuah kereta.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Pusat Perubatanj Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN