Mangsa banjir di Kelantan terus menurun - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kelantan terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini bertambah baik selepas mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Rantau Panjang di sini terus menunjukkan penurunan berbanding pagi tadi.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 4 petang tadi menunjukkan jumlah mangsa banjir di dua lokasi itu semakin berkurangan kepada 1,650 kepada 1,814 orang.

Kesemua mangsa daripada 513 keluarga masih lagi ditempat di tujuh buah PPS.

PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 712 orang.

Ini diikuti SK Gual Perok (516), SK Kubang Kual (165), PPS Putat 7 (30), Masjid Mukim Padang Licin (57).

Dua PPS di Pasir Mas pula iaitu SK Sri Kiambang menempatkan seramai 164 orang mangsa sementara SK Kedai Tanjong enam mangsa.

Sementara itu paras air Sungai Golok di Rantau Panjang semakin menurun dan berada pada paras amaran iaitu 8.16 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN