Mahkamah akan tetapkan tarikh keputusan pada 13 Jan.

Mahkamah akan tetapkan tarikh keputusan pada 13 Jan.

AMELIA HANDERSON (kiri) dan A AIDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman pelanggaran kontrak membabitkan syarikat produksi, A. Aida Production Sdn. Bhd. dan pelakon Amelia Handerson untuk memfailkan hujahan balas masing-masing.

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan turut mengarahkan pihak-pihak untuk berbuat demikian sebelum atau pada 13 Januari 2023.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ashmadi Othman yang mewakili syarikat penerbitan itu selaku plaintif ketika ditemui selepas tamat prosiding yang dijalan dalam kamar hakim.

Sementara itu, peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili watak utama drama Cik Ayu Mee Sanggul itu ketika ditemui mengesahkan perkara tersebut.

“Pada tarikh sama, mahkamah akan menetapkan tarikh keputusan untuk kes ini,” ujarnya.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk pengarah produksi filem A. Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia hadir untuk memberi keterangan.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

Bagaimanapun saman melibatkan A. Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya