MADAD, Asri Ahmad Academy  lahir pelajar tahfiz celik ekonomi

MADAD, Asri Ahmad Academy lahir pelajar tahfiz celik ekonomi

YAAKUB Yusra (kanan) bersama Mohd. Asri Ahmad dalam satu majlis MoU melibatkan kerjasama MADAD dan AAA, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maahad Integrasi Murtadha Dakwah Centre (MADAD) kini mengorak langkah dalam perkembangan ilmu ekonomi dan pelaburan  selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Asri Ahmad Academy (AAA), baru-baru ini.

MoU membabitkan kerjasama pusat tahfiz dan akademi saham dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengarah Urusan MADAD,  Yaakub Yusra  berkata, kerjasama tersebut terjalin dalam usaha melahirkan pelajar tahfiz celik ekonomi  di samping membuka peluang meluaskan ilmu pelaburan patuh syariah.

Malah, katanya, usaha itu diwujudkan  bagi membantu pusat tahfiz menjana pendapatan melalui pelaburan tanpa mengharapkan bantuan dana semata-mata.

“Kita mampu menjana pendapatan lebih RM3 juta pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Dengan projek bersama AAA ini, keuntungan dan hasil pelaburan saham itu disalurkan kepada pembelian tanah bernilai RM1 juta untuk tapak masjid. Kita mahu membuktikan bahawa kita bukan sekadar di atas kertas atau teori sahaja. Jumlah RM3 juta itu juga telah selesai diaudit,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengasas AAA, Datuk Mohd. Asri Ahmad berkata, objektif program itu secara tidak langsung dapat melatih pelajar tahfiz supaya mampu menguruskan kewangan di samping menjana pendapatan melalui pelaburan saham.

“AAA bertanggungjawab dan memberi komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada pelajar tahfiz ini.

“Sijil Profesional Analisis Teknikal adalah program kerjasama UTMSpace dan AAA yang mula ditawarkan tahun lalu dan berjaya melahirkan 42 profesional dalam bidang Analisis Teknikal. “Tahun ini pula, 32 orang berjaya menamatkan program di mana graduan perlu melengkapkan program selama lima bulan,” ujarnya. 

Majlis penyampaian sijil itu disempurnakan oleh Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSpace,  Dr. Zakaria Mohd. Yusof dengan disaksikan oleh Mohd. Asri dan Ahli Lembaga Pengarah International Federation of Technical Analysis (IFTA), Nik Ihsan Raja Abdullah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya