Lelaki beri kenyataan provokasi perkauman tular telah didakwa

Lelaki beri kenyataan provokasi perkauman tular telah didakwa

Noorsiah Mohd. Saaduddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penularan semula satu imej tangkap layar komen berbaur perkauman melalui pelbagai platform media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, semalam.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, komen provokasi itu dimuat naik pada Ogos 2019 oleh pemilik akaun Facebook ‘Nazrul Nazari’ sebelum ditularkan semula.

Katanya, seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan pada April lalu dan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas kesalahan memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam.

“Lelaki itu juga didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan semula komen itu secara provokasi kerana perbuatan terbabit boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN