Lantikan TPM Sarawak bukti pengiktirafan Parti politik

Lantikan TPM bukti pengiktirafan kepada parti politik blok Sabah, Sarawak – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri merupakan pengiktirafan kerajaan perpaduan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan blok Borneo iaitu Sarawak dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf menerusi dalam satu kenyataan medianya menegaskan lantikan itu merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan istiqamah, ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.

“Jawatan ini bukan untuk dibanggakan tetapi ia adalah amanah rakyat dan negara yang harus dipikul sebaik mungkin.

“Insya Allah saya akan memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini berpaksikan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kita memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat demi Malaysia yang lebih stabil dan makmur,” katanya yang juga ahli Parlimen Petra Jaya

Tambahnya lagi, ini juga menunjukkan nilai tanpa mengira bangsa, agama dan merentasi fahaman politik dapat bersama-sama membina Malaysia yang stabil, maju dan makmur berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara.

“Menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, di atas kebijaksanaan dan nasihat Baginda, yang telah membawa kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan demi menyelesaikan kemelut politik Negara.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Pengerusi GPS serta seluruh kepimpinan parti, Ahli-Ahli Parlimen Sarawak, ahli-ahli parti dan rakyat Sarawak di atas kepercayaan yang diberi,” ujarnya.

Fadillah turut merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 dan serta kepercayaan yang diberikan kepada lantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menjalankan amanah ini demi Negara. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya