Kes mayat tanpa identiti tiada kaitan Zalina - Utusan Malaysia

Kes mayat tanpa identiti tiada kaitan Zalina

Identiti Zalina
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kes penemuan mayat tanpa identiti di seluruh negara setakat ini didapati tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman.  

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama rapat dengan semua kontinjen negeri bagi mengenalpasti identiti mayat individu termasuk penelitian itu melibatkan analisa asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Zalina oleh Jabatan Kimia yang diperoleh polis sebelum ini.

“Selain Selangor dan Kuala Lumpur, ia turut meliputi kes penemuan mayat di negeri-negeri lain.

“Namun, pemeriksaan kita sehingga kini mendapati semua mayat itu tidak mempunyai kaitan atau hubung kait dengan Zalina,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, pihaknya belum menemui sebarang petunjuk baharu mengenai kes berkenaan.

“Siasatan bagaimanapun masih tetap diteruskan dan diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang. Sebarang maklumat baharu kes itu yang diperoleh akan dimaklumkan kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, polis turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.

Pada 6 September lalu, Kosmo/ Utusan Malaysia melaporkan pemeriksaan polis di rumah Zalina di Seksyen 3 di sini, tidak menemui petunjuk baharu kes kehilangan wanita itu.

Zalina, 58, dikatakan ada menemui rakannya pada Julai tahun lalu sebelum dilaporkan hilang sehingga kini susulan keterangan diambil daripada kenalan berusia 30-an itu yang juga individu terakhir bertemu dengan wanita tersebut.

Kehilangan Zalina yang dilaporkan anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu masih kekal menjadi misteri.

Polis sebelum ini mendedahkan keyakinan bahawa wanita itu masih berada di Malaysia susulan tiada pergerakan keluar dikesan pihak berkuasa.

Zalina turut sempat melakukan pengubahsuaian rumah kira-kira RM260,000 dengan pembayaran terakhir pada Ogos tahun lalu sebelum menghentikannya kerana faktor kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya