Keluarga mangsa masih menanti khabar - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa masih menanti khabar

ANGGOTA penyelamat membawa keluar salah satu mayat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Waris mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali masih berharap keluarga dapat ditemukan dalam keadaan selamat selepas 12 jam kejadian berlaku.

Meskipun dimaklumkan ada mangsa terkorban, namun mereka tetap menanti berita daripada pasukan mencari dan menyelamat.

Seorang warga emas berkata, anggota keluarganya merupakan salah seorang mangsa yang menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan terlibat sejak semalam.

Namun sehingga kini dia belum dimaklumkan perkembangan terkini berhubung status sama ada masih terselamat dan sebaliknya.

Wanita itu kemudian dilihat enggan ditemuramah dan terus mendoakan agar warisnya selamat ditemukan.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi pekarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu yang menjadi lokasi penempatan sementara mangsa dan keluarga.

Rata-rata wajah kelihatan sugul dan sambil berdoa di samping menanti berita gembira daripada pihak berkuasa.

Difahamkan 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran ladang Father’s Organic Farm awal pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan tanah runtuh menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN