Keluarga insiden Batang Kali kecewa, ada pihak kutip sumbangan

Keluarga insiden Batang Kali kecewa, ada pihak kutip sumbangan

TAI Seng Fui menunjukkan tangkap layar berkenaan hantaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam laman sosial Facebook untuk mengutip sumbangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Bapa kepada mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor yang belum ditemui pasukan penyelamat, kecewa apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab melancarkan tabung sumbangan.

Tai Seng Fui, 62, berkata, anaknya, Tai Chang Lin, 35, bersama menantu, Yu Siew Pay, 34, dan dua cucu berusia empat serta tujuh tahun masih belum ditemui sehingga hari ini.

Katanya, sejak semalam mereka mengesan aktiviti mengutip sumbangan dalam laman sosial yang didakwa untuk upacara sembahyang mangsa insiden tanah runtuh berkenaan.

“Semalam, anak saya nampak di Facebook ada netizen muat naik status mengatakan sedih dengan tragedi yang meragut nyawa dan dia telah membantu mencari tokong untuk upacara sembahyang bagi mereka yang maut serta masih hilang.

“Justeru, ramai pembaca yang memberi respons bersimpati dan menyumbang, namun kami tidak pernah dihubungi berhubung kutipan dana itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Machap Baru di sini hari ini.

Tambah Seng Fui, individu disebalik kutipan berkenaan turut dikesan menggunakan gambar-gambar tokong dan upacara sembahyang yang dipercayai diperolehi daripada carian internet.

Jelasnya, pihaknya akan membuat laporan polis sekiranya perkara itu terus berlanjutan.

“Kami pelik, dia juga letak senarai nama mangsa yang terlibat tetapi keluarga kami masih belum ditemui.

“Di kampung ini, hampir 30 peratus penduduk merupakan keturunan keluarga ‘Tai’ dan ada keluarga lain yang terima panggilan daripada saudara mara yang hairan mengapa kutipan untuk upacara sembahyang telah dibuat,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN