Kebakaran kecil di bilik sampah MOF

Kebakaran kecil di bilik sampah MOF

JBPM Putrajaya memadamkan kebakaran kecil dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain. - GAMBAR IHSAN JBPM PUTRAJAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan kejadian kebakaran kecil berlaku pada pukul 2:26 petang tadi di bilik sampah yang terletak di Aras G, Blok Utara, Bangunan Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan, di sini.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan, kebakaran kecil tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain di Bangunan Perbendaharaan.

“Tiada kecederaan dan tiada sebarang kerugian dilaporkan.

“Kementerian Kewangan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca kejadian insiden kebakaran tersebut,” katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut mengesahkan kejadian berkenaan melibatkan sebuah stor sisa pukal dan penyelenggaraan

Menurut PGO JBPM Putrajaya, kejadian itu di sedari seorang kakitangan Kementerian Kewangan yang berada di ruang parking aras berkenaan selepas melihat api di stor berkenaan.

Jelasnya, kebakaran turut dikesan oleh Sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) bangunan berkenaan yang menyebabkan penggera amaran kebakaran berbunyi.

“Kami difahamkan, pasukan tindakan kecemasan (ERT) bangunan berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke stor bersebelahan menggunakan lapan unit alat pemadam api jenis debu kering.

Kebakaran turut menyebabkan ruangan tersebut dipenuhi asap tebal dan pihaknya terpaksa menggunakan ‘extractor fan’ bagi mengeluarkan asap.

Jelasnya lagi, pasukan sama turut melaksanakan tindakan perlu bagi memastikan tiada lagi sumber api yang mungkin wujud di tempat kejadian sebelum menamatkan operasi.

Pada masa sama, katanya Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan Unit Pengesan K9 sedang melaksanakan siasatan bagi mengenalpasti sumber nyalaan (SN) dan punca kebakaran serta anggaran kerugian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya