Kampung Budaya Terengganu terima Anugerah Program Pelancongan Kebudayaan Terbaik - Utusan Malaysia

Kampung Budaya Terengganu terima Anugerah Program Pelancongan Kebudayaan Terbaik

PENERIMA anugerah Industri Pelancongan Malaysia Tourism dari Terengganu bergambar bersama hadiah yang dimenangi di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kampung Budaya Terengganu di sini terus mendapat pengiktirafan di dalam industri pelancongan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Program Pelancongan Kebudayaan Terbaik oleh Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel Magazine, semalam.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, anugerah yang diterima oleh Kampung Budaya Terengganu itu merupakan anugerah kedua diterima pada tahun ini.

“Sebelum ini, Kampung Budaya Terengganu pernah menerima Anugerah Emas, kategori pusat pelancongan kebudayaan baharu sempena Majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia yang diadakan di Sarawak pada 22 Oktober lalu.

“Anugerah ini diharap akan melonjakkan lagi industri pelancongan di Terengganu sekaligus meningkatkan motivasi penggiat industri untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong yang datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anugerah tersebut telah disampaikan dalam satu majlis gilang gemilang sempena Anugerah Industri Pelancongan Malaysia Tourism di Kuala Lumpur, semalam.

Sebanyak 60 anugerah telah disampaikan kepada individu, agensi kerajaan dan penggiat industri pelancongan dan perhotelan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng.

Turut menerima anugerah adalah Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (Program Pelancongan Pendidikan Terbaik), Primula Beach Hotel (Best 4 Star Eco Green Beach Front Hotel) dan Summer Bay Lang Tengah Island Resort (Aktiviti Pelancongan Resort Pulau Terbaik).

Kampung Budaya Terengganu yang terletak di Kompleks Muzium Negeri, Losong di sini mula dibuka pada awal September 2020 dan dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ia adalah perkampungan budaya yang mempunyai pelbagai tarikan yang berkonsepkan muzium hidup untuk menghimpunkan pelbagai kesenian, kebudayaan dan warisan dari kesemua lapan daerah di negeri Terengganu.

Pelancong yang datang bukan sahaja berpeluang menikmati pengalaman percutian bersejarah berlatar belakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, malah boleh melihat secara dekat demonstrasi aktiviti tradisi yang diusahakan penduduk tempatan di Kampung Budaya Terengganu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya