Kadar tol Besraya, Lekas turun

Kadar tol Besraya, Lekas turun

tol
KEMENTERIAN Kerja Raya sedang meneliti pelaksanaan sistem MLFF. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya mengumumkan kadar tol untuk Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penurunan tersebut dipersetujui dan disokong syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad

Beliau berkata, penurunan itu juga adalah sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya tersebut oleh kerajaan.

“Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas satu yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) lebuh raya Besraya.

“Kadar tol kenderaan kelas satu pula dikurangkan daripada 0.1811 sen/KM kepada 0.1666 sen/KM bagi lebuhraya Lekas, bagi sistem tol bertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada untuk sistem tol terbuka iaitu di plaza tol Ampangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexander Nanta berkata, kadar tol dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2 sehala bagi kenderaan kelas satu yang melalui mana-mana plaza told di Besraya dan mereka yang menggunakan keseluruhan Lekas perlu membayar RM8.30.

“Melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan kelas satu yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala, manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya Lekas membayar RM7.80 sehala,” jelasnya.

Tambahnya, melalui penyusunan struktur semula, kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM1.978 bilion sepanjang tempoh sepanjang tempoh konsesi kedua-dua lebuh raya berkenaan.

“Peruntukan ini boleh disalurkan kepada keperluan asas lain rakyat Malaysia. Cadangan penurunan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini juga adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Selain daripada itu, kerajaan sedang mengambil langkah-langkah berterusan untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya tanpa mengabaikan sebarang obligasi yang dipersetujui dengan memastikan kepentingan semua pihak terutamanya pengguna lebuhraya sentiasa dilindungi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.