Kabinet telah dibentuk, segera tunai tawaran PH

Kabinet telah dibentuk, segera tunaikan tawaran PH

FELIX JOSEPH SAANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus segera melaksanakan tawaran-tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) terutama berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan hari ini memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara serta menunaikan tawaran yang diberikan pada pilihan raya baru-bau ini.

Beliau berkata, isu berkaitan peningkatan kos sara hidup dan kebajikan rakyat perlu menjadi keutamaan.

“Saya percaya apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini adalah antara langkah untuk membantu memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Felix menyarankan semua pihak agar memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk memerintah dan membuktikan kesungguhan mereka memimpin negara.

Walaupun ada segelintir pihak tidak berpuas hati terhadap pelantikan barisan Menteri Kabinet namun, ia tidak seharusnya dijadikan isu untuk menghukum kerajaan yang baharu dibentuk ini.

“Kita faham ramai yang tidak bersetuju dengan lantikan beberapa menteri Kabinet tetapi rakyat harus sedar, kerajaan hari ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan bukannya kerajaan Pakatan Harapan.

“Tanpa gabungan parti-parti politik, Kerajaan Perpaduan tidak akan terbentuk dan Anwa tidak akan diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke-10,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan ini juga merupakan saranan Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik dan pemulihan ekonomi negara jadi, ia harus dihormati oleh semua pihak.

“Namun, Pemuda UPKO menegaskan mana-mana pemimpin yang mempunyai kes rasuah atau salah guna kuasa harus dihadapkan ke mahkamah. Institusi kehakiman negara mesti bebas tanpa campur tangan politik.

“Kita juga mahu agar keharmonian dan keamanan negara sentiasa terjamin di bawah Kerajaan Perpaduan. Kepelbagaian kaum dan agama seharusnya menjadi tunjang dan kekuatan negara,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya