Jurutera wanita maut, motosikal terbabas

Jurutera wanita maut, motosikal terbabas

KEADAAN mangsa maut di tempat kejadian akibat kemalangan di Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Seorang jurutera teknologi maklumat maut apabila motosikal ditunggangi terbabas dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian pukul 7 petang di Jalan Persiaran Apec itu, mangsa dikenali sebagai Nurul Sahira Kamaruzzaman, 25, maut serta-merta di lokasi akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Dash dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong, Selangor.

Beliau berkata, motosikal ditunggangi mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan mangsa kemudian tercampak di atas jalan.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutann Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN