Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 29 orang daripada lapan keluarga setakat pukul 4 petang ini berbanding 37 orang daripada 10 keluarga pada 10 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan kesemua mereka kini masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu sejak petang semalam.

“Dua keluarga tersebut telah dibenarkan pulang setelah banjir di persekitaran rumah mereka sudah surut sepenuhnya.

“Rumah mangsa yang lain masih dalam pemantauan pihak berkuasa kerana mereka hanya akan dibenarkan pulang setelah keadaan benar-benar selamat,” menurut kenyataan itu, petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN