Jumlah mangsa banjir berkurangan di Terengganu - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir berkurangan di Terengganu

SEORANG penduduk, Rasyikin Hassan meninjau pekarangan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu semakin berkurangan kepada 187 mangsa daripada 49 keluarga di enam pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 6 petang ini.

Seramai 659 mangsa daripada 168 keluarga berada di 11 PPS di lima daerah pada sebelah pagi, hari ini.

Bagaimanapun, jumlah mangsa berkurangan selepas enam PPS yang dibuka sebelum ini ditutup secara berperingkat.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, sebahagian daripada mangsa telah pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut berikutan keadaan cuaca semakin cerah.

Menurut beliau, jumlah mangsa banjir yang masih berada di PPS di daerah Kuala Terengganu adalah seramai 64 mangsa daripada 18 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol dan tujuh lagi mangsa daripada tiga keluarga di PPS SK Chendering.

“Di daerah Kuala Nerus terdapat seramai 57 mangsa daripada 14 keluarga kekal berada di PPS SK Bukit Nanas serta di daerah Kemaman pula seramai 23 mangsa daripada empat keluarga di PPS Balai Raya Padang Kemunting,” katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS SK Tok Kah di Dungun manakala 12 mangsa daripada tiga keluarga di PPS Balai Raya Kampung Pantai di Besut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya