Jualan tiket konsert perlahan, Rabbani mohon sokongan ramai

Jualan tiket konsert perlahan, Rabbani mohon sokongan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berbaki seminggu sebelum Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani berlangsung, kumpulan nasyid popular, Rabbani mengharapkan sokongan ramai untuk melonjakkan jualan tiket.

Dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember ini, konsert dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor itu berkemungkinan menjadi persembahan berskala besar terakhir daripada kumpulan nasyid legenda tersebut.

Wakil kumpulan, Azadan Abdul Aziz, 49, berkata, setakat ini jualan tiket secara dalam talian belum mencapai sasaran ditetapkan.

“Jualan tiket agak perlahan dan baru mencecah 30 peratus. Saya harap jualan tiket mendapat sambutan dan besar kemungkinan ia meningkat pada saat akhir apabila peminat mendapat gaji.

“Kami tetap positif dan sudah mempunyai beberapa perancangan untuk memastikan tiket terjual, selain memberi peluang lebih ramai penonton datang nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas pemilihan acara di selatan tanah air, Azadan berkata, lokasi yang mampu memuatkan 3,000 penonton ditetapkan oleh pihak yayasan selaku penaja utama konsert.

Malah, jelasnya, lokasi tersebut diyakini sangat sesuai bagi menarik kehadiran peminat dari Singapura.

“Harapan kami konsert ini mendapat sambutan kerana sudah berusaha menampilkan persembahan terbaik dengan diiringi orkestra yayasan sempena 25 tahun Rabbani dalam industri muzik.

“Konsert ini penuh dengan pengisian kerohanian sebagai persiapan bagi menghadapi permulaan tahun baharu, selain menjadi hadiah buat peminat Rabbani,” katanya.

Konsert yang menampilkan lima segmen itu turut diserikan dengan beberapa artis jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan barisan 25 pemuzik daripada pihak yayasan.

Harga tiket dijual bermula RM58, RM88, RM128 dan RM188.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.