JMG nafi cerun tragedi Batang Kali disenarai lokasi kritikal

JMG nafi cerun tragedi Batang Kali disenarai lokasi kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menafikan cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF), Jalan Batang Kali-Genting di Hulu Selangor disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti jabatannya. 

Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi menegaskan, skop pemantauan cerun kritikal JMG tertumpu di kawasan penempatan dan cerun-cerun semula jadi yang tidak bertindih fungsi dengan pihak autoriti lain. 

“Merujuk cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan FoF, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor adalah tidak tersenarai dalam cerun-cerun kritikal di bawah pemantauan JMG.

“Bagi penempatan ataupun sebarang cadangan pembangunan baru di lereng bukit atau berkedudukan berhampiran cerun merupakan sebahagian komponen dalam kebenaran merancang yang memerlukan penilaian risiko dibuat. 

“Bagi risiko yang melibatkan bencana geologi tanah runtuh, pihak pemaju perlu melantik ahli geologi profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Ahli Geologi Malaysia membuat penilaian,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Sebelum ini, media melaporkan, cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah berkenaan disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti JMG.

Dalam tragedi itu, 31 mangsa terkorban dengan mangsa terakhir dijumpai pada Sabtu lepas setelah sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.