Nasi lauk ayam masak merah RM5 laris

Nasi lauk ayam masak merah RM5 laris

CHE Wan Gaya menunjukkan ayam masak merah yang dijual di kedainya di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut, Besut, Terengganu.  – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Lima dekad berniaga, seorang warga emas dari Kampung Pasir Akar, Hulu Besut  di sini masih mengekalkan cara memasak ayam masak merah secara tradisional yang menjadi buruan penggemarnya.

Che Wan Gaya Wan Muda, 70, berkata, setiap hidangan nasi besama ayam masak merah dan sambal belacan henya berharga RM5 sepinggan manakala minuman dijual RM2

Katanya, dia menggunakan resipi ayam masak merah yang diolah sendiri sejak 1973 dan  jualannya kini mencecah 60 ekor ayam sehari. 

“Walaupun perkembangan teknologi semakin pesat, saya tetap mengekalkan cara memasak ayam merah ini secara tradisional yang semua bahan utama seperti bawang dan cili ditumbuk menggunakan lesung. 

“Selain itu, semua bahan yang ditumbuk  ditumis sehingga garing sebelum dimasukkan bahan-bahan perasa dan diaduk bersama ayam yang telah siap digoreng,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Pasir Akar, semalam.

Menurut Che Wan Gaya, pada peringkat awal dia hanya berniaga secara kecil-kecilan di rumahnya untuk membantu suaminya menyara keluarga membesarkan 12 cahaya mata. 

Namun seiringnya masa berjalan, dia dan keluarganya mula membuka sebuah kedai makan sejak 10 tahun lalu setelah sekian lama berniaga di rumahnya. 

“Alhamdulillah, walaupun lauk ringkas sahaja, ia habis dijual hanya dalam tiga jam sebaik sahaja kedai dibuka iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang. Selain penduduk setempat, pelanggan dari luar negeri ini  turut datang untuk merasai sendiri air tangan orang lama,” katanya. 

Che Wan Gaya berkata, melihat kepada permintaan ayam masak merah mendapat permintaan yang tinggi, dia dan keluarganya turut menjual pes masak merah. 

Katanya, pes berkenaan dijual dengan harga RM20 bagi satu bungkus, yang mana pelanggan hanya perlu memanaskan kembali pes berkenaan serta digaul bersama ayam goreng sebelum dihidangkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN