Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan tahun depan - Utusan Malaysia

Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan tahun depan

Jelajah Ehsan Rakyat
AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi JER di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang mula diadakan pada tahun ini dikatakan mendapat sambutan lebih tiga juta rakyat Selangor dan akan diteruskan pada tahun hadapan bermula 15 Januari bagi siri keduanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jualan murah barangan asas itu akan mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Program yang menyasarkan 800,000 penduduk turut disertai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah).

“Dengan kerjasama ini, lebih banyak produk dijual antaranya roti dan bukan hanya barang basah. Petang ini juga saya akan berbincang dengan pembekal bagi membolehkan roti dijual pada harga lebih rendah dari pasaran.

“Kita bukan mahu jadi juara. Program ini bersifat intervensi iaitu sementara. Mungkin maksimum sehingga tiga bulan atau menjelang sambutan Aidilfiti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi JER semalam.

Amirudin menambah, program melibatkan anggaran peruntukan sehingga RM15 juta itu mungkin diadakan lebih dari sembilan daerah dalam sehari.

“Fama dan KoHijrah memiliki kemudahan lain seperti tapak niaga dan lori. Kalau ada keperluan kita tambah memandangkan ramai penduduk mahu program diadakan lebih kerap,” ujarnya.

Jelasnya lagi, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menguruskan jualan murah berkenaan menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar RM10 per pek dan telur gred B RM10 sepapan.

Jelasnya lagi, turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung RM6 setiap pek, minyak masak lima kilogram RM25 dan beras lima kilogram RM10. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya