Jadikan kasih sayang sebagai agenda perpaduan ummah

Jadikan kasih sayang sebagai agenda perpaduan ummah

MOHD. Na’im Mokhtar bermesra dengan peserta Munaqashah Sekretariat Dakwah Korporat Jakim di Putrajaya.- UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua 28 buah syarikat milik kerajaan (GLC) diminta agar menjadikan tema kasih sayang sebagai faktor utama ke arah agenda perpaduan ummah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tema berkenaan boleh dijadikan sebagai agenda peringkat negara dan dunia Islam global agar suasana persekitaran ke arah perpaduan ummah.

Beliau berkata, tema kasih sayang boleh dijadikan faktor pendesak dan umat Islam sepatutnya mengambil peluang memperkasakan perkara tersebut lebih luas.

“Ia bukan sahaja menyebarkan syiar dan syariat Islam bahkan dapat menyelesaikan isu perpaduan dalam kalangan umat Islam sendiri selepas Pilihan Raya Umum lalu,” katanya ketika berucap merasmikan Munaqashah Sekretariat Dakwah Korporat. sejak sekretariat khas itu dibentuk kerajaan pada 2013 sejajar Pelan Strategik 2009-2014.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu merupakan platform perbincangan kesemua GLC tempatan bagi memperkasakan aktiviti dakwah dalam kalangan petugas dan kepada masyarakat luar.

Pada masa sama, beliau menyeru pihak sekretariat agar mampu menganjurkan banyak program dengan GLC yang bersifat penglibatan langsung rakyat dengan tema perpaduan.

Langkah itu ujarnya, akan dapat memberikan tindak balas fitrah masyarakat madani dan bukan sekadar bermusim bagi mengeratkan hubungan sesama komuniti pelbagai kaum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya