‘Henti sebar berita palsu tentang Nad Zainal’ - Utusan Malaysia

‘Henti sebar berita palsu tentang Nad Zainal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ungku Ismail terkilan dengan segelintir pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan cerita tidak benar tentang keadaan pelakon, Nad Zainal semata-mata untuk meraih perhatian.

Kata Ungku, dia kecewa dengan penyebaran berita palsu mengenai keadaan pelakon tersebut dan berharap ia dapat disekat daripada terus menular.

“Keluar berita tidak menarik, yang menyeleweng dan sangat mengecewakan. Saya harap tidak ada pihak yang ambil kesempatan untuk menaikkan trafik atau meraih view.

“Sebagi netizen yang prihatin, kita boleh buat laporan untuk mengelakkan perkara itu daripada terus berkembang dan kecoh sana-sini. Kita boleh tahan (sekat) benda itu.

“Kita boleh ambil tindakan. Jadi, saya harap sangat, sama-sama kita mainkan peranan,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Baru-baru ini, tular laporan dimuat naik di laman sosial tentang keadaan Nad dengan tajuk yang mengundang pelbagai spekulasi berkenaan tahap kesihatan pelakon tersebut.

Dalam perkongsian sama, Ungku turut memaklumkan, pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.

“Nad masih di ICU dan dalam proses pemulihan. Dia kena banyak berehat untuk cepat pulih.

“Saya harap kepada semua agar tidak berhenti berdoa. Terus berdoa agar Allah sembuhkan dia, lenyapkan penyakit dan kesakitan dialaminya, sucikan paru-paru dan kembalikan pernafasannya.

“Teruskan doa anda. Itu sahaja yang saya nak,” tambahnya.

Ibu dua cahaya mata itu dimasukkan ke ICU pada 22 November lalu disebabkan jangkitan kuman dan pendarahan paru-paru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya