Henti beri saya hadiah - Anwar

Henti beri saya hadiah – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memberikan beliau hadiah.

Katanya, tindakan itu tidak menepati tatatertib dan berharap budaya berkenaan tidak diteruskan lagi.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan. 

“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya dalam kenyataan di dalam Facebooknya.

Berdasarkan pekeliling pemberian dan penerimaan hadiah penjawat awam, hadiah termasuk wang, kenderaan, saham, tiket atau loteri, kemudahan perjalanan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk diskaun atau komisen bernilai yang diberi kepada atau diterima oleh pegawai atau ahli keluarganya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya