Golfers Dock umpama ‘klinik’ pemain golf

Golfers Dock ‘klinik’ pemain golf

MUHAMMAD Hisyam Mahmud sedang menunjukkan kedudukan atau teknik sebenar sebelum melakukan hanyunan di bilik khas yang dilengkapi peralatan teknologi terkini di Golfers Dock, Bangi. - FOTO/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dilengkapi dengan teknologi terkini dan pelbagai peralatan golf berkualiti tinggi, Golfers Dock umpama ‘klinik’ dan menjadi pilihan ramai pemain golf sama ada mereka yang baharu berjinak mahupun sudah bergelar profesional.

Tidak hanya menyediakan perkhidmatan mencari ‘fitting’ dan ‘spek’ yang bersesuaian, Golfers Dock juga turut memberi ‘rawatan’ atau ‘tonik’ terbaik kepada seseorang pemain golf yang datang ke pusat servis itu.

MUHAMMAD Hisyam Mahmud membetulkan permukaan iron atau loft mengikut kemahuan seseorang pemain. – FOTO/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Terletak di Seksyen 9, Bangi, Golfers Dock ini adalah cawangan pertama selepas pusat operasi di Taman Dagang, Ampang yang diuruskan oleh Rasshi Mahmud, mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Pemilik dan pengusaha Golfers Dock di Bangi, Muhammad Hisyam Mahmud, 52, berkata, walaupun baru beroperasi, namun sambutan yang diterima Golfers Dock di sini tidak mengecewakan daripada pelanggan.

Menurutnya, rata-rata pelanggan yang datang akan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada dirinya terlebih dahulu bagi memastikan mereka memperoleh set peralatan golf yang bersesuaian dengan diri mereka. 

“Dalam bermain golf ini, kita perlu melakukan fitting dan daripada situ kita akan cari dan dapatkan pengiraan spek iron yang sesuai untuk pelanggan kerana jika tidak sesuai, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kemungkinan juga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain.

“Kadang-kadang sesetengah pemain pun ada yang tidak faham aspek-aspek penting, jadi saya akan beri tunjuk ajar dan nasihat apa yang patut bagi mendapatkan set golf yang ideal buat pemain itu,” katanya semasa ditemui oleh Utusan Malaysia.

MUHAMMAD Hisyam Mahmud sedang melakukan pertukaran grip iron milik seorang pelanggannya. – FOTO/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Jelas Hisyam, selain menawarkan peralatan golf berkualiti tinggi dan servis yang terbaik, dia juga mengalu-alukan dan berbesar hati untuk berkongsi ilmu, nasihat dan tunjuk ajar kepada pemain golf khususnya kepada pendatang baru. 

“Ramai pelanggan yang datang selain untuk mendapatkan servis, mereka juga akan bertanya dan mendapatkan nasihat, contohnya dari segi kelab golf itu sendiri, hanyunan (swingers) dan juga sistem-sistem kiraannya.

“Sekarang ini pun saya tengok ramai pemain yang tiada pengetahuan, itu masalah sukan golf sekarang. Mereka tiada sistem, kadang-kadang sistem akan bercampur dan mengelirukan sesetengah pemain. Jadi, penting untuk mereka berjumpa dengan orang yang lebih berpengetahuan sebelum menceburi bidang ini,” katanya.

Memilih Seksyen 9, Bangi sebagai lokasi perniagaannya, Hisyam berkata, Bangi adalah tempat strategik kerana persekitaran dan kawasannya yang memiliki banyak padang golf selain populasi pemain golf yang ramai di kawasan itu. 

GOLFERS Dock menyediakan pelbagai jenis grip dan seseorang pemain boleh memilihnya mengikut size dan kesesuaiannya. – FOTO/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

“Kalau dari sini sampai ke Nilai sahaja sudah ada hampir 5 ke 6 padang golf, jadi saya rasa Bangi memang kawasan yang sesuai dan strategik untuk perniagaan saya ini. 

“Buat masa sekarang, sambutan masih ada tetapi agak sedikit perlahan kerana sukan golf ini mengikut pasaran. Namun, minat yang mendalam terhadap golf membuatkan saya untuk kekal mengusahakan perniagaan dalam bidang ini,” jelas Hisyam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.