Fellera Beauty nekad mahu terus perkasakan wanita - Utusan Malaysia

Fellera Beauty nekad mahu terus perkasakan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin nekad mahu terus memperkasakan golongan wanita dalam menjana pendapatan harian menerusi pelbagai strategi pemasaran di bawah jenama tersebut.

Menurut Syarifah Khyra, dia juga berbangga kerana ramai golongan wanita kini mula cakna untuk berusaha mencari pendapatan sendiri dalam usaha memajukan ekonomi keluarga masing-masing.

“Salah satu strategi jualan jenama yang kami dapati berjaya di bawah keluaran syarikat adalah menerusi produk suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances yang kami keluarkan. Ia dilihat terus menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular.

“Malah, ramai juga yang yang mampu menjana pendapatan walaupun suri rumah. Itu sesuatu yang positif. Selain itu, kami juga yakin menerusi pengeluaran jeli ini, ia juga telah banyak membantu para wanita yang mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat.

“Banyak juga testimoni positif yang kami perolehi yang mana, banyak pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat dan mengamalkan jeli ini, kemudiannya dikurniakan cahaya mata,”katanya.

Selain itu, kata Syarifah Khyra, dia juga bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.

Dalam pada itu, menjadikan Neelofa sebagai contoh, Syarifah Khyra mengakui,tumpang gembira melihat kebahagiaan selebriti terkenal itu bersama suaminya, Haris Ismail saat dikurniakan Muhammad Bilal.

“Saya mahu ramai lagi golongan wanita mengecapi nikmat hidup sama seperti Neelofa dengan kehadiran cahaya mata. Insya-Allah. Kita jangan putus harap dan usaha ya!

“Itu juga tujuan saya dalam menghasilkan jeli ini dan diharapkan ia dapat membantu menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, cyst, fibroid, hubungan kelamin selain komplikasi kulit.

“Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri daripada serangan virus,”katanya.

Serentak dengan itu, Syarifah Khyra turut mengumumkannya bermula 20 hingga 27 Disember ini akan diadakan jualan hujung tahun dengan diskaun sehingga 15 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN