PETALING JAYA: Terletak kira-kira empat kilometer (km) daripada Genting Highlands, Father’s Organic Farm (FoF) di Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini adalah antara destinasi tumpuan penggemar aktiviti luar terutama mereka yang ingin berkhemah dalam suasana yang selesa dan premium. Pemandangan yang cantik, pohon menghijau dengan suasana nyaman serta udara yang dingin dikatakan menjadi tarikan utama pengunjung untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga di FoF. Carian Utusan Malaysia di laman Facebook…










