Exco Melaka digesa kerja keras, elak disingkir rakyat

Exco Melaka digesa kerja keras, elak disingkir rakyat

SULAIMAN Md. Ali membentangkan Bajet 2023 Melaka dalam Sidang DUN di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) digesa bekerja lebih keras dan serius dalam menangani permasalahan rakyat agar tidak ditolak pada masa hadapan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mengingatkan para Exco dengan mengambil contoh analogi keputusan Piala Dunia 2022 supaya rajin turun padang melihat masalah rakyat, di samping berusaha mendekati golongan muda.

Menurut beliau, mengamalkan budaya kerja yang selesa sangat berisiko kerana berpotensi untuk disingkirkan rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini menyaksikan, kalau dalam bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar, kita ini umpama dapat telur ayam. Sepanyol kalah, Jerman balik awal dan pasukan pilihan Brazil pun tewas.

“Ini amaran dan peringatan daripada rakyat. Kepada sahabat Exco kita kena bekerja keras selesaikan ehwal rakyat, kalau tidak anda semua pun akan balik awal juga, sama macam Jerman.

“Saya pohon, pinta dan rayu kepada semua penjawat awam, ketua-ketua agensi kerajaan negeri, ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemimpin akar umbi agar bekerja keras, tingkatkan prestasi, kualiti perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Melaka dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sulaiman turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.

Katanya, model Kerajaan Perpaduan bukan perkara baharu kerana Melaka telah merintis lebih awal konsep tersebut yang mengangkat pembangkang sebagai rakan strategik.

“Kini di DUN Melaka ada tujuh rakan strategik yang mana lima daripada mereka sudah berpadu bersama dengan kita. Terima kasih sahabat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.