Enam pengamal media terkandas banjir - Utusan Malaysia

Enam pengamal media terkandas banjir

EMPAT pengamal media yang terkandas banjir ketika membuat liputan terpaksa tinggal di PPS Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Enam pengamal media daripada pelbagai agensi berita di Terengganu berdepan detik cemas apabila turut menjadi mangsa banjir kerana terkandas tidak dapat pulang ke rumah selepas membuat liputan di beberapa daerah negeri ini, semalam.

Salah seorang pengamal media yang terkandas ketika membuat liputan banjir tersebut ialah jurugambar Utusan Malaysia, Puqtra Hairry Rosli.

Jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mohd. Khairul Fikri Osman berkata, dia membuat liputan di daerah Setiu sejak pagi semalam dan sempat mengambil gambar mangsa banjir di beberapa kawasan yang terjejas.

Menurutnya, ketika bergerak ke beberapa lokasi berlainan didaerah itu didapati beberapa laluan yang mula dinaiki air namun masih boleh dilalui kenderaan.

“Bagaimanapun, ketika berada di Kampung Besut, Setiu paras air semakin meningkat namun saya nekad untuk keluar dari kawasan tersebut walaupun tahu tindakan itu agak berisiko untuk keselamatan nyawa dan harta benda terutama kereta dan kamera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Terengganu pada pukul 6 petang, didapati kebanyakan mula ditutup kepada kenderaan ringan kerana ditenggelami air yang agak tinggi.

“Saya bersama tiga lagi rakan media yang lain terpaksa menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) Perpustakaan Awam Daerah Setiu di Bandar Permaisuri kerana kawasan ini agak tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Puqtra Hairry pula yang terkandas di Hulu Terengganu gagal dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya