Empat sungai di Terengganu melebihi paras bahaya - Utusan Malaysia

Empat sungai di Terengganu melebihi paras bahaya

KEADAAN air Sungai Terengganu yang melimpah di Kampung Pulau Rusa, Manir, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Empat sungai di Terengganu masih mencatatkan paras bacaan air melebihi tahap bahaya sehingga pukul 7 malam tadi.

Antaranya Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu yang merekodkan 19.88 meter (m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, 13.19m.

Manakala dua lagi sungai melepasi tahap bahaya Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman (4.76m) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus pada paras 4.58m.

Maklumat daripada Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu juga memaklumkan empat sungai melebihi tahap amaran termasuk Sungai Berang di Kampung Menarong, Hulu Terengganu (24.17m).

Paras air Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Kampung Langkap masing-masing di daerah Setiu, 13.09m dan 20.89m selain Sungai Terengganu di Muzium Negeri (2.39m).

Selain itu, satu sungai iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri mencatatkan bacaan paras air 7.72m yang juga melebihi tahap waspada.

Paras air Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak pula menunjukkan trend menaik pada bacaan 11.18m dan 17.11m.

Jabatan Meteorologi Malaysia petang tadi mengeluarkan amaran hujan berterusan di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman serta amaran waspada di Setiu, Besut, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sehingga esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya