Empat ahli Parlimen Sabah lompat parti perlu kosongkan kerusi

Empat ahli Parlimen Sabah lompat parti perlu kosongkan kerusi

(Dari kiri) ARMIZAN MOHD ALI. KHAIRUL FIRDAUS AKBAR KHAN, JONATHAN YASIN DAN MATBALI MUSAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah pada Sabtu lalu telah melanggar Akta Anti Lompat Parti dan perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, lebih cenderung untuk bersetuju dengan pandangan awal bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengatakan empat ahli Parlimen itu sudah melanggar Akta Anti Lompat Parti dan perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Menurutnya, bagaimanapun ketika ini timbul persoalan sama ada tindakan keempat-empat ahli Parlimen tersebut boleh disabitkan dengan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan atau sebaliknya.

“Terdapat dua pandangan berkenaan isu ini yang mana satu daripadanya mengatakan jawatan keempat-empat ahli parlimen itu tidak gugur manakala satu pandangan lagi mengatakan sebaliknya.

“Perkara ini memerlukan pertimbangan pihak yang berkuasa terutama Speaker Dewan Rakyat dan jika ada pihak tidak berpuas hati, maka ia perlu dibawa ke mahkamah kerana berkaitan dengan undang-undang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, perkara berkenaan akan diputuskan oleh Speaker Dewan Rakyat selepas dimaklumkan oleh pihak parti.

Katanya, buat masa ini semua pihak hanya boleh menunggu dan melihat perkembangan selanjutnya berkenaan isu tersebut.

Sebelum ini Pemimpin Bersatu Sabah serta semua wakil rakyatnya termasuk empat Ahli Parlimen Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) mengumumkan keluar daripada parti itu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya