Ebit Lew hantar gambar kemaluan lelaki kepada pengadu - Firdaus Wong - Utusan Malaysia

Ebit Lew hantar gambar kemaluan lelaki kepada pengadu – Firdaus Wong

FIRDAUS Wong Wai Fung semasa hadir di Mahkamah Majistret, Tenom hari ini. - UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: “Saya lihat gambar kemaluan lelaki dalam perbualan antara pengadu dan Ebit Lew”.

Demikian keterangan saksi, Firdaus Wong Wai Fung, 39, semasa memberi keterangan dalam kes gangguan seksual yang membabitkan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37.

Firdaus memaklumkan kepada mahkamah beliau turut mendengar rakaman suara yang didakwa dihantar oleh tertuduh.

“Rakaman suara yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu berbunyi: “Tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit”.

Firdaus semasa menjawab soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida ZAkaria yang memintanya menjelaskan mesej dan gambar lucah yang dilihat melalui telefon bimbit pengadu turut membacakan mesej berbaur lucah tersebut.

Menurut Firdaus yang juga seorang pendakwah, mesej cerai dan ayat lucah yang lain dihantar oleh Ebit dalam bentuk tulisan atau mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, semasa pertemuan dengan pengadu, pengadu dan suaminya melahirkan rasa sedih dan marah kerana mereka tidak menyangka seorang tokoh yang mereka sanjung sanggup menghantar mesej lucah sebegitu.

Pengadu dan suaminya juga agak marah kerana Ebit Lew tidak menunjukkan rasa bersalah selepas kejadian berkenaan dilaporkan.

Saksi turut mendedahkan kewujudan kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai Nobody yang dianggotai oleh beliau sendiri bersama Akhi Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Abu, 37, serta dua lagi individu lain yang merupakan penasihat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM).

Kumpulan Nobody itu digunakan bagi membincangkan tentang cara untuk membantu mangsa menuntut keadilan selepas bukti-bukti berkaitan diperoleh daripada mangsa.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Justeru, beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan kes itu dilakukan di hadapan Majistret, Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Zahida bersama dua Timbalan Pendakwa Raya lain iaitu Nor Azizah Mohamad dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

Perbicaraan kes ditangguhkan dan bersambung semula pada pukul 2.30 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya