Bekas MB Perlis, Hamid Pawanteh meninggal dunia

Bekas MB Perlis, Hamid Pawanteh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bekas Menteri Besar, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia di kediamannya, di sini, kira-kira pukul 3.15 petang ini.

Berita itu disahkan anaknya, Natasya menerusi kemas kini di laman Facebooknya.

Punca pemergian Allahyarham Abdul Hamid, 78, belum dipastikan buat masa ini.

Menurut Natasya, jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Negeri, di sini.

Allahyarham Abdul Hamid adalah Menteri Besar Perlis Keempat bermula dari 1986 hingga 1995.

Selain itu, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara Ke-14 bermula dari 2003 sehingga 2009.

Sepanjang pembabitan dalam karier politik, Allahyarham Abdul Hamid juga berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau (1982-1986) dan Ahli Parlimen Kangar (1999-2003).

Allahyarham turut memegang jawatan sebagai Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) selama 12 tahun bermula 2003. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya