Bedah siasat empat mangsa tanah runtuh selesai

Bedah siasat empat mangsa tanah runtuh selesai

SUFFIAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses bedah siasat membabitkan empat mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor, selesai dijalankan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, mayat juga telah dituntut oleh waris selepas identiti mereka disahkan.

Selain itu, katanya,,  operasi mencari dan menyelamat (SAR) buat masa ini ditangguhkan sementara pada 5.30 petang tadi berikutan hujan.

“Setakat 6 petang ini, seramai 61 mangsa terselamat, 30 meninggal dunia dan seorang masih belum ditemui.

“Sebarang perkembangan lanjut Ops SAR akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan jumlah mangsa yang diisytiharkan semula secara rasmi seramai 92 orang daripada jumlah asal dianggarkan 94 individu.

Jumlah itu melibatkan 61 orang mangsa terselamat, 30 individu meninggal dunia dan seorang lagi kanak-kanak lelaki masih hilang.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya