Banjir di Hulu Terengganu semakin pulih - Utusan Malaysia

Banjir di Hulu Terengganu semakin pulih

MHD. Sarip Jusoh memeriksa sampan untuk persediaan menghadapi banjir di Kampung Paloh Nyior, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Situasi banjir di daerah ini semakin pulih apabila hanya pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Kemat di sini yang masih dibuka setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, pada masa ini, seramai 37 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS tersebut.

Menurutnya, dua PPS telah dibuka petang semalam iaitu di Balai Raya Kampung Kemat dan Balai Raya Kampung Tapah setelah beberapa kampung di daerah itu dilanda banjir.

“PPS Balai Raya Kampung Kemat yang mula beroperasi pukul 6 petang semalam masih dibuka dan satu-satunya PPS yang tinggal setakat tengah hari ini.

“Manakala PPS Balai Raya Kampung Tapah yang menempatkan 26 mangsa daripada tiga keluarga telah ditutup pada pukul 6 pagi tadi setelah kesemua mangsa dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataa, hari ini.

Gelombang pertama banjir di Terengganu bermula sejak Jumaat dan daerah Hulu Terengganu menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya