Aspirasi Borneo terus diperjuangkan dalam Kerajaan Perpaduan

Aspirasi Borneo terus diperjuangkan dalam Kerajaan Perpaduan

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali meletak harapan yang tinggi agar Aspirasi Borneo akan terus mendapat perhatian dalam kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Armizan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) itu berkata, pelantikan itu merupakan satu tugas yang mencabar namun, beliau akan cuba melaksanakan amanah tersebut dengan sebaiknya.

“Ini adalah pengalaman pertama saya berada dalam Kabinet Persekutuan dalam landskap politik yang baharu.

“Saya diberikan portfolio yang berkait secara langsung dengan suara hati rakyat di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.

“Aspirasi Borneo mengharapkan kedua-dua wilayah ini diberikan perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya dalam agenda memperkukuhkan kelestarian Persekutuan Malaysia.

“Ini merupakan satu tanggungjawab yang menarik dan amanah ini amat dekat dengan inti pati perjuangan saya sejak sekian lama khususnya dalam arena politik. Antara agenda utama adalah memastikan pelaksanaan agenda yang berteraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Armizan berkata, pengalaman berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Sabah sejak 2020 di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sedikit sebanyak akan membantu dalam tugas baharu yang diamanahkan terhadapnya.

Ia juga adalah kesinambungan kepada kepimpinan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang turut memegang jawatan yang sama sebelum ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya