Anugerah World Muslimpreneur iktiraf jenama syarikat Muslim - Utusan Malaysia

Anugerah World Muslimpreneur iktiraf jenama syarikat Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bagi menghargai, meraikan dan mengiktiraf para usahawan serta jenama milik perniagaan Muslim di Malaysia, Anugerah World Muslimpreneur dianjurkan buat julung kalinya.

Dianjurkan oleh Sekretariat World Muslimpreneur dengan Kerjasama IKON Malaysia, serta Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd, anugerah ini mendapat sokongan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM).

Anugerah World Muslimpreneur turut di Akreditasikan oleh Pertubuhan Pengarah-Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD) serta mendapat sokongan beberapa rakan setrategik termasuk ToyyibPay.

Menurut Profesor Adjung Hj Adam Richman, Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat World Muslimpreneur, penganjuran majlis anugerah ini adalah suatu ruang dan peluang bagi usahawan serta jenama milik Muslim mendapat pengiktirafan sewajarnya atas usaha serta kejayaan mereka dalam sektor ekonomi serta industri yang mereka ceburi.

“Sebenarnya, perniagaan serta jenama milik Muslim telah lama menjadi tunjang utama kepada pengukuhan serta peningkatan ekonomi dunia secara umumnya, serta Malaysia secara khususnya.

“Namun, mereka tidak mendapat pengiktirafan serta penghargaan yang sewajarnya. Justeru, dengan penganjuran Anugerah World Muslimpreneur ini, segala penat lelah serta pengorbanan mereka akhirnya akan mendapat perhatian yang sewajarnya”,katanya.

Majlis Malam Anugerah World Muslimpreneur akan berlangsung pada 28 Januari 2023, bertempat di Hotel The St. Regist Kuala Lumpur dan akan dirasmikan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Pencalonan untuk Anugerah World Muslimpreneur masih lagi dibuka untuk Usahawan Muslim serta Jenama milik Perniagaan Muslim di laman sesawang rasmi www.worldmuslimpreneur.com.

Sebarang pertanyaan lanjut, Sekretariat World Muslimpreneur boleh dihubungi melalui talian Hotline 019 777 2180.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya